Sunday, December 6, 2009

KAMI....

Sedar tak sedar dah dua minggu cuti sekolah. Cuti sekolah kali ini lain sedikit dari cuti sekolah yang lalu. Kebiasaannya musim cuti sekolah begini kami sekeluarga akan pergi bercuti. Walaupun tidak ke luar negara, bercuti dalam negara pun cukup menyeronokkan. Yalah.. kebelakangan ini, ayah asyik sibuk bekerja. Nak mohon cuti pun susah. Hujung minggu pun ayah asyik duduk mengadap komputer riba dan fail-fail yang bertimbun. Kekadang tu... terasa bosan juga kami. Ayah adalah tunjang utama keluarga kami. Bila ayah sibuk, pasti kami tidak akan kemana-mana. Ibu kata, kesian nak tinggalkan ayah seorang di rumah....

Ibu pula, tengok ayah asyik duduk mengadap komputer riba, dia pun ikut sama. Komputer riba kakaklah yang jadi mangsa. Maklumlah ibu surirumah. Selama ni dia memang jarang nak guna komputer. Sebenarnya ibu ini pemilik diploma sains komputer. Ijazah pun ada. Ijazah pemasaran. Kelas kedua atasan pulak tu. Tapi itulah, bila dah jadi surirumah dia jadi kurang berminat nak guna komputer. Akhir-akhir ini je ibu mula menjinakkan diri dengan dunia siber ini. Buat facebook dan blog ini pun idea ibu juga.

Kakak, cuti sekolah & bila tak kemana-mana ni asyik bangun lambat je. Mana tidaknya, malam berfacebooking, berchatting dan segala macam ber...inglah. Ibu dan ayah saje bagi chance sebab dah dapat 5A UPSR hari tu. Bila siang pula cepat sangat naik angin. Apatah lagi bila terpaksa melayan karenah adik dan baby. Walau apapun, ibu sebenarnya seronok bila kakak tidak ke sekolah, adalah juga pembantu buat kerja-kerja rumah dan melayan adik dan baby.

Adik akan ke tadika tahun depan. Dibandingkan dengan kakak adik lambat ke tadika. Yalah, dah 5 tahun baru nak ke tadika. Kakak dulu 2 tahun dah ke tadika. Walaupun tak daftar secara rasmi tapi masuk kelas seperti budak-budak lain juga. Agaknya sebab tulah kakak awal pandai membaca berbanding adik ni. Setakat A sampai Z dia tahu le. Yang lebih-lebih tu... biarlah cikgu dia nanti ajar...

Baby ni..manje semacam. Sepatutnya tahun depan baby pun boleh ke tadika. Tapi memandangkan keadaan baby yang manje teramat ni, ayah dan ibu rasa biarlah dia masuk tadika bila umur 5 tahun nanti. Tahun depan baru 4 tahun. Tak tahulah... Adik baya baby dulu dah tak pakai diaper tapi baby ni tak reti-reti nak bagitau bila nak ke tandas. Agaknya anak bongsu memang macam tu...

Itulah perangai dan telatah masing-masing. Apapun keluarga NOURSHAM ni bahagia.. Gaduh sikit-sikit tu adele jugak. Biasalah kan.. Asam garam kehidupan. Kalau tak ada tawar pulak..

Ibu pernah terbaca satu artikel mengatakan 'kalau nak hidup bahagia...janganlah menaruh harapan terlalu tinggi...kerana kegagalan memenuhi harapan itulah yang menjadikan kita tidak bahagia..' dengan erti kata lain...bersyukurlah dengan apa yang ada. Itulah yang ibu cuba terapkan dalam kehidupan kami sekeluarga.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi NOURSHAM!!! selamat berkenalan.. i suka nak kenal keluarga NOURSHAM ni. Paste le gambar ayah, ibu, kakak, adik & baby satu-satu. Baru le seronok tengok.

    ReplyDelete