Monday, December 14, 2009

TETAMU

12 Disember 2009. Hari menggembirakan... ibu dan ayah dapat anak saudara baru dan kakak, adik & baby dapat sepupu baru...baby girl. Isteri kepada adik ibu baru je melahirkan baby(first baby)..seronok tuhan je tahu.

Hari yang sama juga sepupu ayah datang dari Kuching. Satu family bersama cucu sekali. Lawak juga bila ibu fikirkan nak dukung cucu ibu... nenek muda le konon...

Biasalah bila ada tetamu yang nak datang. Ibulah orang yang paling sibuk. Kemas rumah.. sediakan bilik tetamu.. sediakan menu hidangan.. dan macam-macam lagilah...
Pagi-pagi lagi ibu dah ke carrefour beli daging sebab nak buat sup daging. Flight tetamu kami tu.. jam 3.05 petang dari Kuching. Sampai rumah ni kira-kira jam 5.00 petang..bolehlah ibu hidangkan mihun sup. Ayah, kakak, adik & baby memang suka sangat mihun sup ibu. Harap-harap tetamu pun suka jugaklah. Ibu sediakan juga puding jagung. Itu sajalah menu termudah untuk disediakan buat minum petang.

4.30 petang, ayah dah gi jemput tetamu di airport. Ibu & kakak di rumah, sibuk buat persiapan terakhir. Bila sampai je tetamu di rumah, riuh-rendah suasana rumah. Seronok sangat. Yelah. Sesekali jumpa.. Kali terakhir jumpa pun masa raya hari tu. Tambahan bila dapat tahu sepupu ayah tu baru pertama kali sampai putrajaya. Biasalah family dari Kuching, kalau datang bukannya nak sangat singgah ke Putrajaya.. tak boleh shopping..Kononnya tak nak buang masa...datang KL 2/3 malam pun memang nak shopping... Tak apalah kami pun faham.. di Putrajaya ni yang ada pun Alamanda je..

Bila selesai je maghrib kami pergi makan ke soho. Kami pilih menu siakap 3 rasa, tomyam perahu pecah, ayam gajus, udang goreng tepung, sayur campur & tauhu jepun sos tiram. Kakak & ibu bukan main lagi seronok makan. Yang sedihnya, tetamu masing-masing cakap dah kenyang makan mihun kat rumah tadi. Tambahan pedas... dia orang tah tahan..Kakak & ibu makan sedap je...

Selesai makan, kami hantar tetamu kami ke KL. Mereka bermalam di KL. Yang sedihnya sedang seronok berborak, melayan tetamu kami lupa nak tangkap gambar. Kalau tak boleh jugak letak kat post ni...

5 comments:

  1. Salam Noursham...ooh...kecian betul Noursham...Belum ape-ape lg dah jd nenek muda...Puteri ni ada anak saudara je...tp tu pun x pernah dukung...Anak saudara puteri yang puteri tahu pun cuma ada 4. Kalau ada yang selebihnya tu pun entah lah...agaknya x kenal kowt...hehehe...Syukurlah Noursham ni masih lg berhubungan dengan sepupu husband Noursham, kalau x, dah x sedar diri dah tua..dah ada cucu...hehehe...juz kidding :D...jgn marah ek...

    ReplyDelete
  2. Noursham ni orang Sarawak ek...patutlah x tahan pedas...Saya ni selalu pergi Sarawak...makanan kat ctu memang x pedas...tp masuh lg sedap...Yg paling saya cuke kat Kuching ialah Laksa Sarawak, Mee Kolok, Pancake yg dijual kat PizzaRia tu...ish3...memang special...tp skrg harga sume makanan dah naik kan...So susah ckt la klu nak makan makanan yg sedap2 camtu ngan hrga yg murah....Ah Noursham...saya ade dengar yg terdpt satu pasar ape benda entah yg namenyer Serikin. Best ke kat ctu??? Noursham tolonglah yer ceritakan serba cdkit tentang pasar tu...Ok la yer...bye...ASSALAMUALAIKUM...

    ReplyDelete
  3. Hi NOURSHAM!!! betul le macam puteri cakap tu.. ceritalah pasal Sarawak..

    ReplyDelete
  4. Salam Puteri... betul tekaan puteri tu. kami memang orang sarawak. Ayah & ibu asal dari Kuching. Kakak pun lahir di Kuching tapi tak pulak membesar di Kuching. Adik & baby pula lahir di Penang. Sekarang ni kami tinggal di Putrajaya. Pasal makanan yang sedap-sedap tu.. Kuching memang syurga makanan bagi ayah & ibu. maklumlah dah membesar dengan makanan tersebut.
    Lain kali, kalau ibu sediakan makanan tu untuk NOURSHAM, ibu ambil gambar dan pastekan kat sini k. Nak resipi sekali pun ibu boleh bagi..

    ReplyDelete
  5. Hi Qaleesya! Nak cerita pasal sarawak tu boleh... cerita pasal sarawak,,, kalau nak diceritakan 1001 malam pun tak habis.. apapun, NOURSHAM akan ceritakan lain kali k..

    ReplyDelete